SEC Saman Justin Sun & 3 Syarikatnya! Harga TRX Menderita!

320

“Justin Sun dah kena dah dengan SEC lepas buat ramai pelabur kecewa.”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) mengenakan pelbagai pertuduhan terhadap Justin Sun dan tiga syarikatnya iaitu Tron Foundation Limited, BitTorrent Foundation dan Rainberry susulan dikatakan menjual mata wang kripto Tron (TRX) dan BitTorrent (BTT) secara tidak berdaftar.

Dalam dakwaan berasingan, pengawal selia berkata bahawa Sun telah terlibat dalam wash trade*, di mana beliau didapati memanipulasi pasaran TRX.

*Bentuk manipulasi pasaran di mana pelabur menjual dan membeli instrumen kewangan yang sama secara serentak untuk mewujudkan kekeliruan.

Hal ini kerana Sun meningkatkan jumlah dagangan TRX secara buatan dengan mempunyai pekerjanya sendiri melibatkan diri dalam 600,000 wash trade aset digital itu antara dua aset kripto akaun platform dagangan yang dikawalnya.

Menerusi dokumen rasmi diterbitkan oleh SEC, volum harian aset digital tersebut yang didagangkan melalui wash trade adalah antara 4.5 juta hingga 7.4 juta TRX.

Dalam pada itu, SEC turut memfailkan tuduhan terhadap lapan selebriti terkenal, antaranya pelakon Lindsay Lohan, penyanyi Austin Mahone dan personaliti media Jake Paul susulan menyokong TRX dan BTT secara haram tanpa mendedahkan bahawa mereka diberi pampasan apabila berbuat demikian.

Pun begitu, semua selebriti kecuali Mahone dan penyanyi rap DeAndre Cortez Way telah bersetuju membayar $400,000 termasuk disgorgement**, faedah dan penalti untuk menyelesaikan tuduhan tersebut.

**Pembayaran balik keuntungan diperoleh secara haram yang dikenakan ke atas pesalah oleh mahkamah

Bertindak balas daripada berita berikut, harga TRX terjun sebanyak 9.20% pada paras $0.06 dalam tempoh 24 jam terakhir selepas para pelabur aset digital tersebut berpusu-pusu menjual pegangan masing-masing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat