SEC Tutup Kes, Ethereum Pulih Semula!

318

“Alaaa tapi sikit je, harapnya lepas ni dapat sembuh banyak lagi.”

Ethereum (ETH) memulih semula 5% apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) menamatkan siasatannya terhadap status keselamatan mata wang kripto kedua terbesar tersebut ditambah pula terdapat aktiviti whales yang meningkatkan sentimen positif di kalangan para pelabur.

Sejurus selepas SEC memaklumkan kepada firma teknologi software blockchain swasta ConsenSys berhubung hasratnya bagi menamatkan siasatan tersebut, terdapat whale bertindak pantas memperoleh 5,603 ETH bernilai $19.7 juta.

Seperti didedahkan sebelum ini, ConsenSys yang menghubungi SEC untuk bertanya mengenai status siasatannya terhadap ETH 2.0 telah meminta penjelasan daripada mereka tentang kelulusan spot ETH ETF akan membawa pada kesimpulan penyiasatan berterusannya atau tidak.

Selain menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi bagi cari kejelasan peraturan tambahan berkenaan software interface pengguna, MetaMask Swaps dan Staking, ConsenSys dalam tuntutan mahkamah juga meminta pengisytiharan sesungguhnya ciri itu tidak melanggar undang-undang dalam apa jua keadaan.

ConsenSys bukan sahaja meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap keperluan litigasi bagi wujudkan kejelasan peraturan diperlukan untuk industri kripto berkembang malah menegaskan kemajuan teknologi dan inovasi aset digital bergantung pada kewujudan garis panduan.

Memang tidak dinafikan SEC belum lagi mengenakan ConsenSys dengan sebarang pelanggaran ciri swap dan staking MetaMask Wallet sebagai tindak balas pada Wells Notice, tetapi firma itu menjangkakan mereka mungkin dikenakan caj dalam beberapa minggu akan datang.

Setakat penulisan ini, harga ETH melonjak sebanyak 0.32% pada paras $3,550 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai lebih $434 bilion kemudian merekodkan kenaikan 1.02% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat