Sedia Nak ‘Berperang’ Ketika FOMC? Lihat Dulu Apa Jadi Pada Pasaran!

906

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk keputusan mesyuarat FOMC diumumkan, pasaran mata wang terus memaparkan kewaspadaan pada sesi Eropah.

Menjadi tumpuan utama tentunya dagangan US dolar yang dilihat ‘tidak berani’ untuk ke mana-mana menjelang mesyuarat tersebut.

Ini diperlihatkan pada dagangan indeks dolar yang terus berlegar pada sekitar paras terendah 5 minggu berbanding sekumpulan mata wang utama pada 103.12.

Pun begitu, pelabur tetap bersiap sedia untuk kemungkinan pergerakan lebih agresif dolar greenback menjelang sesi New York akan datang.

Meneliti pergerakan mata wang lebih luas, pound sterling melonjak ke paras ketinggian baharu 7 minggu berbanding US dolar selepas disokong oleh bacaan inflasi UK yang mengejutkan.

Setelah turun untuk 3 bulan berturut-turut, inflasi tahunan UK tanpa dijangka meningkat 10.4% pada bulan Februari daripada 10.1% yang dicatatkan pada Januari.

Ini membuatkan pelabur kembali meletakkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang berterusan oleh Bank of England (BOE).

Sementara itu, euro terus menunjukkan kekuatan di sebalik dagangan US dolar yang lebih lemah dengan diperdagangkan menguat di paras tertinggi 5 minggu berbanding greenback.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand pula sedikit meningkat, memanfaatkan dagangan US dolar yang menyuramkan.

Pasaran kini menjangkakan secara meluas Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, namun pada masa yang sama pelabur tetap berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang lebih mengejutkan.

Jaga risiko anda, dan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak!

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat