Terjojol Mata! Inflasi UK Naik Semula

416

Keadaan nampaknya semakin sukar buat Bank of England (BOE) yang baru-baru ini telah menawarkan petunjuk untuk menghentikan kitaran kenaikan kadar faedahnya.

Angka terbaru dalam inflasi pengguna UK bakal membuatkan Gabenor Andrew Bailey terus ‘sakit kepala’ untuk menentukan hala tuju dasar BOE seterusnya.

Terbaru, data daripada Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan indeks harga pengguna (CPI) tahunan UK kembali menunjukkan peningkatan selepas 3 bulan berturut-turut ia jatuh.

CPI meningkat 10.4% tahun ke tahun pada bulan Februari berbanding 10.1% yang dicatatkan pada bulan Januari, dan jauh meleset daripada jangkaan untuk turun kepada 9.9%.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga) turut meningkat kepada 6.2% tahun ke tahun daripada 5.9% sebelumnya, dan tersasar daripada jangkaan 5.7%.

Isi rumah Britain terus berdepan dengan bil makanan dan tenaga yang tinggi, manakala pekerja daripada pelbagai sektor telah melancarkan tindakan mogok besar-besaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini ekoran pertikaian mengenai gaji.

Catatan terbaru ini mungkin akan mempengaruhi keputusan dasar BOE yang bakal bermesyuarat pada hari esok (Khamis), di mana ia sebelum ini dijangka akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat