Seenak Kuih Ketayap Bonda, Bursa Kekal ‘Menghijau’ Harini

154

Bursa Malaysia meneruskan momentum ‘hijau’ dengan minat belian baharu serta menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 8.96 mata pada 1,539.05 daripada penutupan Selasa pada 1,530.09, dan indeks dibuka 1.10 mata pada 1,531.19.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 221 berbanding 128, manakala 235 kaunter pula tidak berubah, 1,629 tidak didagangkan dan 10 digantung.
Jumlah perolehan pada 211.81 juta unit bernilai RM147.71 juta.

Menurut nota Malacca Securities Sdn Bhd, Bursa tempatan dalam pemulihan namun sedikit perlahan dengan keuntungan dihadkan oleh kekurangan petunjuk tempatan baharu.

Dalam pada itu, ekonomi turut memperlihatkan tanda-tanda pemulihan dengan kadar pengangguran semakin menurun, 4.2% pada Disember 2021.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah pekerjaan pada Disember lalu dengan peningkatan kecil sebanyak 0.2% bulan ke bulan kepada 15.65 juta orang dan Indeks Pengeluaran Perindustian (IPI) lonjak 5.8% tahun lalu.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB naik 8 sen pada RM8.43 dan RM5.32, Press Metal maju 9 sen pada RM6.39, Petronas Chemicals kekal RM9.05 sementara IHH Healthcare susut 2 sen pada RM6.48.

Saham aktif memperlihatkan AirAsia tambah 2 sen pada 68 sen, DneX dan SMTrack naik 0.5 sen pada 98 sen dan 19 sen dan YTL power capai 7 sen pada 67 sen.

Di papan indeks, FBM ACE maju 3.94 mata pada 6,251.55, FBM 70 kukuh 44.09 mata pada 13,656.89, FBM Emas tambah 53.69 mata pada 11,083.12, FBMT 100 canak 55.14 mata pada 10,761.49 dan FBM Emas Shariah capai 33.08 mata pada 11,779.61.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencanak 121.56 mata pada 15,949.34, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 1.1 mata pada 206.75 dan indeks Perladangan mekar 31.08 mata pada 6,649.66.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat