Seiring Lantunan Di Wall Street, Bursa Malaysia Kekal Cemerlang

143

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tambah 10.71 mata pada 1,608.81 daripada penutupan Rabu pada 1,598.10.

Indeks dibuka kukuh 10.59 mata pada 1,608.69.

Ia dibuka tinggi seiring lantunan positif pada Wall Street ekoran keputusan Federal Reserve untuk menaikan kadar faedah dan kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar faedah terkini sehingga Jun.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 243 berbanding 89, manakala 188 kaunter pula tidak berubah, 1,720 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 112.34 juta unit bernilai RM84.44 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan indeks utama mungkin kekal mencapai keuntungan ekoran kenaikan pada harga minyak mentah selepas perjanjian untuk melepaskan rizab minyak mentah gagal membendung kebimbangan gangguan bekalan.

Hujarnya saham berkaitan tenaga, perladangan dan besi akan berada dalam trend kenaikan ekoran ketegangan Rusia-Ukraine.

Harga minyak mentah lonjak US$112 atau RM469.53 setan sementara minyak sawit mentah berada di paras RM6,600 setan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare Bhd naik 4 mata masing-masing pada RM8.98 dan RM6.66, Public Bank Bhd tambah 3 sen pada RM4.44, Petronas Chemicals Group Bhd maju 16 sen pada RM9.93 dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd capai 10 sen pada RM7.17.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) maju 3 sen pada RM1.17, TAFI Industries Bhd naik 2.5 sen pada 79.5 sen dan Hibiscus Petroleum Bhd tambah 1 sen pada RM1.23.

Di papan indeks, FBM Emas capai 74.81 mata pada 11,447.28, FBM Emas Shariah pacu 78.13 mata pada 12,218.70, FBM 70 tambah 93.99 mata pada 13,559.13, FBMT 100 kukuh 74.71 mata pada 11,123.45 dan FBM ACE mekar 7.12 mata pada 5,761.01.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 110.42 mata pada 16,463.99, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 2.25 mata pada 214.61 dan indeks Perladangan mekar 66.20 mata pada 8,676.24.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat