Sejauh Mana Ethereum Layak Memiliki Gelaran Sebagai Perak Digital, Menggantikan Litecoin?

490

Ketika Bitcoin (BTC) meraih popularitinya sebagai emas digital, Ethereum (ETH) dilihat turut mencipta rekodnya tersendiri apabila disifatkan sebagai perak digital.

Dakwaan tersebut dibuat oleh usahawan bernama Qiao Wang kepada mereka yang tertanya aset manakah yang setanding perak digital dan Ethereum jawapannya, bukan Litecoin (LTC).

Jelas Wang yang mengaplikasikan teori Paul Tudor Jones mengenai matawang kripto sebagai aset ‘berharga’ atau ‘perindustrian’, Bitcoin merupakan aset ‘berharga’ dan Ethereum ‘perindustrian’.

Gelaran perak digital merupakan milik Litecoin selama beberapa tahun susulan daripada sifatnya yang luar biasa, hampir menyamai BTC yang berbeza daripada aset kripto yang lain.

Litecoin diwujudkan menggunakan kod Bitcoin, memiliki mekanisme halving ganjaran blok yang sama dan banyak lagi. Cumanya, apa yang menjadikan aset ini tidak setanding Bitcoin selain dari keunikkannya adalah harganya yang lebih murah.

Ini menjadikan kenyataan Wang sangat lemah untuk menjadikan Ethereum sebagai perak digital.

Namun jika bersandarkan kepada nilai tinggi atau harga tinggi, ia sangat subjektif untuk menjadikan LTC sebagai perak digital memandangkan ETH awal-awal lagi memiliki nilai yang lebih besar berbanding Litecoin.

Jika dibandingkan dengan bekalan syiling Bitcoin yang cuma terhad kepada 21 juta BTC, Litecoin pula memiliki had 84 juta LTC, menjadikan kripto keempat termurah di Paypal.

Ethereum ketika ini memiliki bekalan sebanyak 113 juta ETH dan tiada siapa yang tahu berapakah jumlah maksimum keseluruhan bekalan aset tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat