Bitcoin Lebih Mahal Selepas ‘Halving’? Jom Baca Penerangan Ini!

2,323

Baru sebentar tadi, Team Intraday memuatnaik artikel mengenai peningkatan harga Bitcoin dua kali ganda selepas halving.

Apa itu Bitcoin halving?

Kalau nak tahu, penghasilan atau mining Bitcoin terhad hanya kepada 21 juta sahaja. Apabila jumlah aset itu mencecah angka tersebut, automatik tiada lagi Bitcoin yang akan dihasilkan.

Manakala dalam protokol Bitcoin sendiri, setiap 210,000 blok yang mana berlaku pada empat tahun sekali akan mendorong berlakunya ‘halving‘ Bitcoin atau ‘halvening‘.

Apabila halving berlaku, penghasilan syiling baru akan lebih rumit dan ganjaran blok akan dikurangkan separuh atau 50% daripada ganjaran semasa.

Halving pertama berlaku pada 28 November 2012. Kemudian, kali kedua pada 9 Julai 2016 dan kali ketiga pada 11 Mei 2020. Proses ini akan berterusan sehingga ganjaran per blok mencecah 0.

Halving terakhir dijangka berlaku pada 2140 ketika 21 juta BTC selesai dilombong sepenuhnya. Ketika itu, pelombong juga tidak akan menerima sebarang ganjaran blok.

Apa pula maksud ganjaran blok? Ganjaran blok lebih mudah difahami sebagai ganjaran pelombong (miners) bagi setiap blok baru yang ditambah ke dalam blockchain menggunakan mining hardware.

Okey, sudah jelas setakat ini? Mari fahami konsep halving menerusi contoh yang berlaku pada halving pertama dan kedua.

Ketika Bitcoin kali pertama dihasilkan pada 2009, pelombong menerima 50 BTC per blok. Ini bermakna sebanyak 10,500,000 BTC dihasilkan sebelum halving pada November yang mana selepas itu setiap pelombong menerima 25 BTC per blok.

Ketika ini harga Bitcoin meningkat kepada $127 daripada $12.35, lima bulan selepas halving.

Pada halving kedua, sebanyak 420,000 blok dihasilkan dan pelombong meraih ganjaran 12.5 BTC per blok. Ketika ini harga Bitcoin melonjak sehingga $758.81 daripada $650.63.

Maka, tidak hairanlah segelintir pelabur Bitcoin begitu teruja menantikan halving.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan halving Bitcoin merupakan satu keperluan asas untuk mengekalkan statusnya sebagai aset terhad yang bernilai. Secara tidak langsung, ia menjelaskan mengapa bekalan syiling hanya dihadkan kepada 21 juta sahaja.

Untuk pelajari lebih banyak asas kripto, boleh layari kategori Asas Kripto yang disediakan khas untuk anda!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat