Bitcoin Berbaki 3.4 Juta Dengan Harga Meningkat Dua Kali Ganda Selepas ‘Halving’

502

Harga Bitcoin (BTC) telah meningkat dua kali ganda sejak halving ketiga pada Mei lalu.

Berdasarkan rekod, BTC telah melonjak 110% sejak halving dengan harga yang mendadak naik dari $8,566 pada 11 Mei 2020 untuk menguji paras harga $18,000.

Firma analitik kripto Chainalysis menjelaskan jumlah kecairan dan aliran pertukaran telah berubah secara drastik sejak halving.

Chainalysis mendapati Bitcoin yang tidak dicairkan atau dimiliki pelabur merupakan wallet yang menghantar kurang 25% Bitcoin daripada jumlah yang mereka terima. Manakala, wallet yang berbaki diklasifikasikan sebagai Bitcoin cair atau dimiliki oleh pelabur.

Data yang dimuatkan oleh Chainalysis mendedahkan jumlah Bitcoin yang tersedia untuk pelabur baru sebenarnya mula susut awal tahun ini dengan anggaran mungkin serendah 3.4 juta.

Banyak institusi besar sudah mula beralih kepada pelaburan kripto. Bermula dengan Grayscale Bitcoin Trust yang kini memiliki lebih 500,000 BTC dengan hanya beberapa bulan sahaja untuk mengumpulkan 50% aset tersebut.

Platform analitik Glassnode Studio semalam melaporkan keuntungan perlombongan Bitcoin sudah kembali kepada paras pre-halving.

Berdasarkan pemerhatian, pelombong memperoleh keuntungan setahun setakat ini sebanyak $21.2 juta, tiga kali ganda pendapatan selepas halving.

Tetapi jangan terlalu teruja peminat Bitcoin kerana harga Ether pada masa yang sama menyaingi Bitcoin, meningkat lebih 160% daripada nilai $185 kepada harga semasa penulisan, $485 sejak 11 Mei lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat