Sekali Lagi GBP/USD Gagal Tembusi Zon Support $1.3200

327

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu ini masih memberi isyarat bearish susulan penurunan yang dipamerkan.

Membuka dagangan awal minggu di sesi Asia semalam, harga susut lebih rendah dari paras penutupan minggu lalu sekitar 1.32350 memasuki zon support 1.32000-1.31700.

Namun lonjakan semula harga keluar dari zon tersebut dilihat pada sesi Eropah sekitar 70 pips yang kemudiannya ditekan semula pada sesi New York untuk bergerak perlahan di atas paras 1.32000.

Pengukuhan US dolar sejak penghujung minggu lalu memberi tekanan terhadap Pound walaupun mata wang Britain itu sebelumnya telah berjaya kukuh didorong oleh kenaikan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi yang berlangsung minggu lalu.

Pelabur turut melihat prospek pengukuhan US dolar selepas keputusan hawkish mesyuarat FOMC minggu lalu dengan pengumuman untuk percepatkan langkah pengurangan pembelian bon.

US dolar kembali mengukuh bersambung pada awal minggu ini dengan sentimen berisiko pasaran ekoran kebimbangan penularan Omicron meningkatkan tarikan terhadap mata wang safe-haven.

Pergerakan harga perlahan pada dagangan Selasa yang dilihat cuba untuk membuat kenaikan dari paras 1.32000.

Harga yang masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal memberi petunjuk untuk pergerakan bearish harga.

Namun adakah zon support 1.32000-1.31700 berjaya ditembusi?

Sekiranya harga kembali membuat penurunan, zon support tersebut akan kembali diuji sebelum penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk tahun 2021.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan, paras rintangan awal pada 1.33000 akan diuji terlebih dahulu selepas melepasi halangan MA50 untuk isyarat awal perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji zon-zon rintangan 1.33600 dan 1.34000 pada corak bullish harga yang berjaya diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat