Sekarang Waktu Sesuai Untuk Posisi ‘Sell’ Di Carta EUR/USD?

717

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam ketara membuat penurunan, menyambung momentum penurunan harga pada Selasa.

US dolar masih berjaya mengekalkan pengukuhan dalam pasaran disokong oleh laporan data ADP NFP yang mengukur pertambahan pekerjaan di sektor swasta.

Bacaan angka meningkat untuk bulan Ogos walaupun tidak mencapai jangkaan pasaran. Ini memberi gambaran positif untuk data pekerjaan NFP yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Selain itu, faktor yang turut menyumbang penurunan harga pada carta EUR/USD adalah penyusutan matawang Euro susulan kenyataan dovish oleh bank pusat Eropah.

Ahli jawatankuasa European Central Bank (ECB) menyatakan bahawa mereka tidak melihat pada pertukaran kadar, dan menambah lagi kadar pertukaran Euro-dollar adalah penting. Ini memberi petunjuk penggubal polisi akan membuat sesuatu dengan langkah yang berkemungkinan akan melemahkan Euro.

EUR/USD catatkan penurunan harian lebih 100 pips semalam dari paras hampir di ketinggian 1.19300 di awal sesi Asia sehingga ke paras terendah mencecah sekitar 1.18200 di sesi New York.

Pergerakan harga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) masih memberikan isyarat bahawa harga kekal bergerak dalam trend bearish.

Penurunan harga dijangka akan diteruskan menuju zon support di bawah paras 1.18000. Zon tersebut diuji beberap kali pada penghujung Ogos namun gagal ditembusi sebelum harga pantul membuat kenaikan semula.

Jika kenaikan harga berlaku, paras rintangan tumpuan terhampir dilihat pada 1.19000 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum ini.

Paras tumpuan lebih tinggi dilihat pada 1.19700 dan resistance 1.2000 untuk kenaikan harga yang diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat