ECB Beri Petunjuk Euro Akan Terus Bergerak Lemah?

430

Pengukuhan yang diraih US dolar berbanding matawang utama berterusan sehingga ke sesi Asia hari ini walaupun setelah diperlihatkan dengan data pekerjaan ADP AS yang kurang memberangsangkan.

Pada Ogos, ekonomi Amerika hanya menambah sebanyak 428,000 pekerjaan sektor swasta berbanding jangkaan untuk kenaikan melebihi 1 juta. Bagaimanapun, bacaan ini tetap menunjukkan peningkatan dalam pekerjaan sektor swasta daripada yang dicatatkan sebanyak 212,000 pada bulan Julai.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan positif pada 92.80 dengan kenaikan 0.17% setakat jam 9.35 pagi waktu Malaysia.

Seterusnya, data yang menjadi tumpuan pasaran hari ini adalah penerbitan laporan ISM bukan pembuatan PMI yang dijangka merekodkan pertumbuhan yang lebih perlahan daripada sebelumnya.

Dagangan safe-haven yen pula terus lemah didorong oleh jangkaan bahawa pengganti baru perdana menteri Jepun mungkin akan meneruskan legasi Shinzo Abe, iaitu program ‘Abenomics’.

Terbaru, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga yang mengumumkan pencalonannya untuk menggantikan Abe memberitahu bahawa beliau akan meneruskan ‘Abenomics’ dan mungkin akan memperluaskannya lagi sekiranya terpilih.

Dalam pada itu, euro yang menyentuh paras ketinggian terbaru sejak Mei 2018 pada sesi dagangan hari Selasa, terus ditekan dengan didagangkan lebih rendah pada sesi Asia hari ini di sekitar harga 1.1826 berbanding USD.

Ini susulan kenyataan ahli Jawatankuasa Bank Pusat Eropah (ECB) Philip Lane yang menyatakan kadar euro-dollar adalah penting untuk dasar monetari, satu penyataan yang mencadangkan bahawa bank pusat mungkin melakukan sesuatu mengenainya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat