Sekat Lagi Huawei, Sekarang UK Rayu 5G Jepun

1,055

Tidak sampai sebulan memutuskan untuk sekat Huawei, United Kingdom (UK) dilaporkan telah meminta bantuan Jepun untuk membina rangkaian teknologi 5G.

Sebelum ini UK telah memutuskan untuk menyekat syarikat besar China itu daripada membekalkan keperluan untuk teknologi 5G bermula akhir 2020, termasuk arahan kepada semua syarikat UK untuk membuang segala peralatan Huawei sebelum akhir 2027.

Kemungkinan besar, syarikat teknologi NEC dan Fujitso akan menggantikan Huawei sebagai pembekal teknologi 5G di negara itu.

Menerusi pembabitan syarikat Jepun, UK berharap mereka dapat bersaing dengan syarikat telekomunikasi lain seperti Ericsson (Sweden) dan Nokia (Finland) dalam mempromosikan produk kos rendah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan syarikat telekomunikasi British.

Berdasarkan rekod, tiga syarikat termasuk Huawei, Ericsson dan Nokia mengawal hampir 80% rangkaian teknologi 5G manakala NEC dan Fujitsu, kurang daripada 1%.

Walaupun Ericsson dan Nokia mendominasi teknologi telekomunikasi di Britain, UK percaya dengan potensi syarikat Jepun dalam melebarkan pasaran saham di negara itu jika mereka mampu memenuhi kualiti permintaan dan tawaran produk kos rendah.

Pihak NEC kini di dalam perbincangan bersama Britain. Manakala Fujitsu dikatakan mencari peluang untuk menembusi pasaran Eropah dengan memasarkan produk mereka.

Kerajaan Jepun juga telah bersetuju untuk memberi peruntukan 70 bilion yen (USD654 juta), dana dari New Energy and Industrial Technology Development Organisation, sebagai sokongan kepada kedua-dua syarikat tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat