Sekatan Industri Teknologi US-China Cetus Risiko

579

Tegangan yang terus memuncak di antara Amerika Syarikat dan China semakin bertambah teruk apabila “White House” telah mengumumkan rancangan untuk melakukan sekatan pelaburan Amerika Syarikat terhadap syarikat teknologi di negara China.

Sebagai tindak balas terhadap landskap peraturan ini, syarikat gergasi internet di China sedang memulakan usaha untuk mendapatkan cip Nvidia prestasi tinggi di mana cip merupakan komponen penting di dalam  pembinaan sistem kecerdasan buatan generatif (AI).

Hasil daripada rancangan sekatan “White House” itu, pemain-pemain utama dalam industri teknologi China, termasuk Baidu, ByteDance, Tencent, dan Alibaba, secara kolektif telah membeli sekitar $1 bilion untuk memperoleh lebih kurang 100,000 pemproses A800 dari Nvidia.

Penghantaran pemproses ini dijangka akan berlaku dalam tahun ini.

Selain daripada pembelian awal ini, entiti-entiti China ini juga telah menempah pesanan tambahan bernilai $4 bilion bagi unit pemproses grafik, yang dijadualkan akan dihantar pada tahun 2024.

Trivia Fakta:
Tahukan anda berapakah “Gold” yang diperlukan di dalam pembuatan cip?
Jawapan: 100 gram CPU : 0.150 gram “Gold”

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat