Sektor Bukan-Pembuatan U.S. Positif

40

Indeks ISM sektor bukan pembuatan (ISM Non-Manufacturing PMI) tidak berubah dari 57.2 pada Disember. Bacaan ini melebihi jangkaan 56.6 dan tertinggi sejak 13 bulan lepas.

Data ini dikeluarkan setiap bulan yang mengira tahap aktiviti dalam sektor bukan-pembuatan di US melalui tinjauan terhadap 400 orang purchasing manager tentang keadaan dalam syarikat mereka dari segi pekerjaan, tempahan, pengeluaran, harga, penghantaran barang dan stok. Bacaan di atas 50 menggambarkan industri yang sedang berkembang, manakala sebaliknya bacaan di bawah 50.

Bagi mendapatkan bacaan akhir Indeks ini, kiraan dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu, aktiviti perniagaan, tempahan baru, penghantaran, inventori, sentimen inventori, eksport, pekerjaan, dan harga.

Indeks dalam kategori aktiviti perniagaan susut sedikit dari 61.7 kepada 61.4, manakala tempahan baru meningkat kepada 61.6 dari 57.0 sebelum ini.

Indeks penghantaran pembekal pula tidak berubah dari 52.0, dimana inventori naik dari 51.5 kepada 52. Dalam sentimen inventori pula indeks naik kepada 61.5 dari 60.5, manakala indeks eksport jatuh agak banyak dari 57 kepada 53 sebelum ini.

Indeks pekerjaan susut dari 58.2 kepada 53.8 berikutan empat daripada kesemua industri merekodkan pengurangan pekerjaan pada Disember.

Indeks harga pula naik kepada 57 dari 56.3 sebelum ini yang menggambarkan peningkatan inflasi yang perlahan.

Secara keseluruhan, data menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam sektor perkhidmatan walaupun terdapat pengurangan dalam beberapa indeks. Walaubagaimanapun, data dilihat konsisten dengan pertumbuhan ekonomi (GDP) di sekitar 3.3%.

Data ini sedikit memberikan sentimen positif kepada ekonomi US, walaupun pasaran ketika ini masih menunggu maklumat yang lebih jelas dari pemerintahan baru US. Data NFP yang dikeluarkan malam ini akan membantu US dolar untuk menguat semula jika bacaan yang dikeluarkan positif terutamanya data perubahan gaji.

 

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat