Sektor Buruh Kian Kukuh, Bacaan NFP Melonjak Lebih Dari Jangkaan Pada Disember!

700

Ekonomi A.S. mengekalkan kadar pertumbuhan pekerjaan yang kukuh pada bulan Disember, dengan kadar pengangguran jatuh kepada 3.5%. Ini dapat mendorong the Fed iltizam dengna kenaikan kadar faedan sebagai strategi melawan inflasi.

Bacaan NFP meningkat 223,000 pada bulan lepas, lapor Jabatan Buruh dalam laporan pekerjaan yang dipantau rapi pada hari Jumaat. Data untuk bulan November telah disemak lebih rendah untuk menunjukkan 256,000 pekerjaan ditambah dan bukannya 263,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan bacaan NFP meningkat sebanyak 200,000 pekerjaan, dengan anggaran antara 130,000 hingga 350,000. Pertumbuhan pekerjaan bulanan jauh melebihi kadar yang diperlukan untuk bersaing dengan pertumbuhan dalam populasi umur bekerja.

Kadar pengangguran turun kepada 3.5% daripada 3.6% pada bulan November. Kerajaan menyemak semula data pelarasan bermusim untuk tinjauan isi rumah dari kadar pengangguran sejak lima tahun lepas.

Purata pendapatan setiap jam meningkat 0.3% selepas 0.4% pada bulan sebelumnya. Ini menujukkan kenaikan gaji tahun ke tahun sedikit perlahan. Data kerajaan minggu ini menunjukkan terdapat 10.458 juta peluang pekerjaan pada akhir November, yang diterjemahkan kepada 1.74 pekerjaan bagi setiap penganggur.

Pasaran buruh kekal kukuh, walaupun the Fed menaikkan kadar faedah dengan pantas. Industri yang sensitif terhadap kadar faedah seperti perumahan dan kewangan, dan syarikat teknologi, termasuk Twitter, Amazon, dan Meta telah mengurangkan pekerjaan. Walaubagaimanapun syarikat penerbangan, hotel, restoran dan bar disisi lain sangat memerlukan pekerjaan.

Daya tahan pasaran buruh menyokong ekonomi dengan mengekalkan perbelanjaan pengguna. Namun i ia meningkatkan risiko bahawa the Fed boleh menaikkan kadar faedah sasarannya melebihi paras 5.1% yang diunjurkan oleh bank pusat A.S. bulan lepas atau mengekalkannya untuk seketika.

Trend dalam pertumbuhan guna tenaga, bagaimanapun, boleh menjadi perlahan dengan ketara menjelang pertengahan tahun kerana kos pinjaman yang tinggi.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding mata wang utama susut 0.10% kepada paras dagangan 104.698 selepas laporan NFP dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat