Sektor Pembuatan China Merosot Pada Januari

39

Indeks Caixin yang mengira tahap aktiviti sektor pembuatan berkembang pada kadar perlahan pada Januari berikutan komponen pengeluaran dan tempahan baru yang kehilangan momentum.

Indeks Caixin Purchasing Managers (PMI) ini mencatatkan bacaan 51.0 pada bulan Januari jika dibandingkan dengan 51.9 pada bulan sebelum. Bacaan ini juga lebih rendah dari jangkaan pasaran iaitu 51.8.

Bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

Zhengsheng Zhong, Pengarah Analisis Makroekonomi di CEBM Group berkata, “Ekonomi China terus mengekalkan pertumbuhan yang stabil pada Januari, tetapi sub-indeks menunjukan momentum pertumbuhan semasa sukar untuk kekal. Kita harus memberi perhatian kepada risiko ekonomi tahun ini”.

Awal sebelum ini China juga mengeluarkan indeks PMI untuk syarikat-syarikat besar dan milik kerajaan (Beijing’s official PMI) yang menunjukkan penyusutan sedikit dari 51.4 kepada 51.3.

Sejak data ini dikeluarkan pukul 9.45 pagi tadi. Aussie Dolar dilihat masih stabil berbanding US dolar. Australia merupakan negara yang akan terkesan daripada aktiviti pembuatan atau perkilangan China kerana hubungan perdagangan yang agak tinggi antara kedua-dua negara ini. Australia merupakan pengeksport terbesar kuprum (Copper) dan biji besi (iron ore) ke China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat