Sektor Perbankan Islam di Malaysia Sudah Bersedia Untuk Penggabungan dan Pengambilalihan : Zukri

162

Menurut Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, kemunculan terlalu banyak bank islam di negara ini membuktikan bahawa segmen ini telah dibangunkan sepenuhnya dan bersedia untuk aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A).

Menurut Zukri, industri ini disifatkan terlalu sesak. Justeru, beliau berharap agar wujud penggabungan dalam kalangan bank-bank islam bagi mewujudkan bank islam mega yang boleh menyaingi saiz dan keupayaan bank konvensional.

Malaysia mempunyai 16 bank Islam yang mana dua daripada menjalankan perniagaan sepenuhnya, lapan adalah subsidiari bank konvensional dan selebihnya adalah bank asing.

Memetik kenyataan beliau di StarBiz, terdapat beberapa percubaan untuk menggabungkan bank-bank Islam. Sebagai contoh, bank yang dimiliki oleh DRB Hicom Bhd iaitu Bank Muamalat telah dikatakan cuba untuk bergabung dengan Bank Islam pada tahun 2011, namun tidak berjaya.

Selain itu, beliau juga mengharapkan agar industri ini mampu berkembang dengan kedudukan strategik yang teliti dan menjadi contoh kepada bank serantau khususnya di bawah rangka kerja perbankan Asean.

Dagangan Logam Berharga dicatat Melemah Dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat