Sektor Sarung Tangan Getah Suram, Saham Top Glove Susut Kepada RM1

708

‘Sudah sampai masanya pelabur beralih ke sektor lain mungkin?’

Prospek sarung tangan getah Malaysia dilihat suram apabila saham pengeluar utama Top Glove menyusut ke bawah RM1 selepas jatuh pada 97 sen seharian.

Selain itu, saham Hartalega Holdings Bhd juga dilihat menjunam ke paras bawah RM3 sungguhpun pasaran meningkat.

Hal ini berlaku kerana faktor permintaan yang rendah berbanding semasa penyebaran Covid-19, yang menyaksikan keadaan kembali normal.

Ketika tengah hari tadi, saham Top Glove menurun 3 sen (2.97% pada RM1.01 dengan 35 juta saham didagangkan sementara Hartalega menyusut 4 sen (1.34%) pada RM2.94 bersama 4 juta dagangan saham bertukar tangan.

Pada waktu rehat tengah hari tadi juga, sejumlah 30 saham KLCI dilihat naik 9.22 mata (0.63%) pada 1,468.27 manakala tolok Penjagaan Kesihatan capai keuntungan 0.09%.

Menurut pemfailan Bursa, para penganalisis menyatakan sektor penjagaan kesihatan mengalami bearish dan mengesyorkan status ‘sell’ bagi pengendali hospital serta syarikat farmaseutikal.

Dikatakan terdapat 57% penganalisis meletak status ‘sell‘ pada Top Glove sementara 75% status ‘buy‘ terhadap IHH Healthcare Bhd.

Tatkala sektor penjagaan kesihatan merudum, sektor tenaga dilihat mendapat sambutan dengan 89% penganalisis letakkan status ‘buy‘ sementara baki 11% putuskan ‘hold‘.

Sementara itu sektor teknologi dan produk perindustrian juga dilihat menerima pensyoran ‘buy‘ mengatasi ‘sell‘ atau ‘hold‘.

Dalam pada itu, keputusan mesyuarat FOMC semalam telah menyaksikan Federal Reserve (Fed) menaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, kenaikan terbesar sejak 1994, dalam usahanya membendung inflasi yang semakin mengganas.

Ia secara tidak langsung telah menyebabkan ekuiti melonjak sehingga melimpah ke pasaran tempatan pagi tadi, selain tumpuan juga terarah kepada reaksi Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap dasar monetarinya kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat