Fed Sudah Naik 75 Mata Asas, BNM Macam Mana?

1,105

Agensi kewangan Kenanga Investment Bank Bhd mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas menjelang pengakhiran tahun ini.

Ramalan tersebut ditetapkan susulan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang agresif, 75 mata asas, pada mesyuarat FOMC semalam.

Difahamkan bahawa kenaikan 75 mata asas dari 50 mata asas tersebut merupakan kenaikan terbesar sejak 1994 dalam usaha Fed untuk membendung kadar inflasi yang semakin mencanak pada Mei 2022.

Ulas Kenanga Investment Bank, tindakan Fed tersebut biasanya akan memberi kesan terhadap ekonomi yang mendorong bank-bank pusat lain untuk mengetatkan polisi mereka.

Sungguhpun BNM mungkin atau tidak mengikuti langkah agresif Fed dalam pelaksanaan dasar monetari, tetapi bank pusat tempatan tersebut pasti akan mengetatkan kunci kira-kiranya berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Umum mengetahui bahawa permintaan domestik negara semakin bertambah baik sejak pembukaan semula sempadan negara, dan perkara ini boleh mendorong kepada peningkatan trend inflasi.

Oleh itu, Kenanga Investment mengunjurkan peningkatan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas pada bagi 3 mesyuarat dasar moenteri untuk tahun ini.

Pada sisi berbeza, nota RHB Investment Bank Bhd meringkaskan bahawa pasaran bon kerajaan Malaysia bakal mendapat bidaan domestik sementara jualan asing bersih mungkin dihadkan ekoran keputusan kadar faedah Fed.

Terangnya, perkara ini boleh disebabkan tahap ketidakcairan dolar/ringgit pada onshore dan offshore yang menyukarkan mendapat pulangan hasil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat