Sektor Semikonduktor Dalam Bahaya, Penganalisis Nasihatkan Waspada!

832

Pandangan suram menyelubungi sektor semikonduktor tempatan susulan keputusan suku tahunan yang mengecewakan daripada Unisem (M) Bhd dan ViTrox Corp Bhd.

Unisem, salah satu syarikat pemasangan dan ujian semikonduktor sumber luar terbesar (OSAT) di Malaysia, melaporkan penurunan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama.

Dengan rekod hanya RM9.86 juta, keuntungannya turun 80.5% tahun ke tahun dan 85% suku ke suku dalam tempoh tersebut, dengan kerugian bersih dicatatkan sebanyak RM2.83 juta.

Sementara ViTrox, firma peralatan ujian automatik (ATE) terbesar di negara ini turut melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM33 juta pada suku pertama.

Ekoran prestasi menyuramkan kedua-dua penggerak sektor semikonduktor tempatan, penganalisis Kenanga Research memberi gambaran suram bahawa sektor itu akan kekal mencabar sepanjang tahun ini.

Ini susulan masalah makroekonomi, termasuk sentimen pengguna yang lemah memberi impak terhadap permintaan produk elektronik pengguna.

Hal ini secara tidak langsung turut memberi prospek negatif terhadap syarikat semikonduktor lain yang akan mengeluarkan laporan suku tahunan mereka.

Di peringkat global, kemerosotan turut dilihat oleh gergasi semikonduktor seperti Intel Corp, Samsung Electronics Co dan pembuat cip memori SK Hyinx Inc.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat