Selamat Kembali! Akhirnya UK Terima Semula Binance

1,921

Satu perkembangan baik untuk bursa kripto terbesar dunia, Binance Markets Limited apabila disahkan telah mematuhi segala keperluan yang dituntut oleh Financial Conduct Authority (FCA) United Kingdom (UK) pada Jun lalu.

Keputusan itu diumumkan semalam melalui Notis Pengawasan Pertama FCA kepada pihak Binance.

Jurucakap Binance memberi jaminan bahawa pihak mereka akan terus mengikut dekat dengan perkembangan FCA sebagai satu usaha untuk menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit pada masa akan datang.

CEO Binance, Changpeng Zhao turut berkongsi khabar gembira itu di laman Twitter rasminya. Jelasnya dalam twit yang berlainan, keputusan daripada FCA merupakan satu perkembangan yang positif.

Sebelum ini FCA telah mengeluarkan amaran kepada Binance Markets Limited dan Binance Group dengan mengenakan sekatan terhadap aktiviti Binance di UK termasuk: melarang Binance menjalankan aktiviti tanpa persetujuan daripada FCA, memaparkan notis sekatan yang dikenakan di laman web dan beberapa saluran media sosial, dan menghentikan aktiviti pengiklanan dan promosi di UK.

Susulan daripada itu, majoriti bank besar termasuk Barclays, NatWest, dan HSBC menyekat pembayaran pelanggan mereka kepada Binance.

Pihak Binance pula bertindak menyekat deposit euro melalui pemindahan bank Single Euro Payments Area (SEPA) E.U. yang mana merupakan cara untuk pengguna membeli kripto menggunakan fiat.

Ketika penulisan, Binance Coin (BNB) mencatatkan sedikit penyusutan, 0.56% dengan nilai dagangan semasa mencecah $483.56.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat