Selamat Tinggal, BOJ Semakin Jauh Ketinggalan!

251

Bank pusat Jepun (BOJ) mengekalkan dasar monetarinya yang sangat longgar seperti dijangkakan secara meluas, sekali gus memperluaskan lagi perbezaannya dengan bank pusat utama global lain.

Pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada Khamis, bank pusat memutuskan untuk menetapkan kadar faedah pada -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun sekitar 0%.

Keputusan itu hadir selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dan memberi petunjuk untuk lebih banyak kenaikan akan dilaksanakan.

Susulan daripada itu, mata wang yen tenggelam ke dasar terendah baharu 24 tahun, menyentuh harga 145.00 berbanding US dolar.

Pembuat dasar Fed menjangkakan ekonomi Jepun mengalami tekanan menurun berikutan harga komoditi yang tinggi akibat perang yang berpanjangan di Ukraine.

Bagaimanapun, ekonomi berkemungkinan pulih apabila kesan daripada wabak Covid-19 dan masalah gangguan rantaian bekalan semakin berkurangan.

Pasaran telah memberi tumpuan sama ada BOJ akan memberi tanda-tanda awal mengenai perubahan dalam pendekatan dasarnya dengan mengubah ikrarnya untuk mengekalkan kadar faedah semasa dan meningkatkan rangsangan seperti diperlukan ekonomi.

Gabenor Haruhiko Kuroda dijangka akan berucap dalam sidang akhbar untuk menjelaskan keputusan ini sebentar lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat