Selamat Tinggal Broadcom & Qualcomm, Apple Mahu Guna Cip Sendiri

341
  • Apple berusaha bangunkan cip sendiri
  • Cip Broadcom dan Qualcomm akan diganti
  • Saham Broadcom susut 4.7%

Ketika Apple Inc berusaha untuk menggantikan cip di dalam perantinya dengan komponen buatan sendiri, terdapat kemungkinan bahawa cip Broadcom Inc akan turut ‘dibuang’.

Bloomberg News melaporkan perkara tersebut dengan memetik kenyataan orang yang biasa dengan perkara itu.

Menurut laporan itu, Apple sedang mempertimbangkan untuk menggantikan cip Wi-Fi dan Bluetooth Broadcom.

Sejak beralih ke penggunaan cip sendiri untuk model terbaru komputer Macnya daripada Intel Corp, ia terus berusaha untuk mengurangkan kebergantungannya kepada pembuat cip lain.

Syarikat pembuat iPhone itu merupakan pelanggan terbesar Broadcom dan menyumbang kira-kira 20% daripada hasil pembuat cip pada tahun fiskal yang lalu, berjumlah hampir $7 bilion.

Tindakan ini boleh memberi kesan kepada pendapatan Broadcom sehingga sekitar $1 bilion hingga $1.5 bilion, menurut penganalisis.

Umum mengetahui bahawa Apple juga akan menggantikan cip modem selular Qualcomm Inc dengan cipnya sendiri menjelang akhir 2024 atau awal 2025, di mana langkah tersebut dijangka dijalankan secara berperingkat.

Ekoran daripada laporan tersebut, saham Broadcom junam sebanyak 4.7% sebelum mengurangkan kerugiannya untuk ditutup hampir 2% kepada $576.89 ketika sesi New York.

Sementara dagangan saham Qualcomm ditutup rendah sekitar 0.4% pada $114.60 dan sedikit menokok pada $130.15.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat