Selamat Tinggal Twitter, Elon Musk Sedia Berundur?

255

Jutawan Elon Musk sekali lagi tampil dengan ‘idea gila’ apabila beliau meminta pengguna Twitter untuk menentukan masa depannya sebagai ketua pegawai eksekutif platform media sosial itu.

Dalam satu tinjauan yang dilancarkan pada awal pagi Isnin, Musk bertanya sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagi ketua syarikat, sambil menambah akan mematuhi keputusan tersebut.

Pun begitu, Musk tampaknya masih menemui pengganti berdasarkan jawapan yang diberikan kepada seorang pengguna Twitter yang mengatakan kemungkinan perubahan tampuk pimpinannya.

Tinjauan itu bakal ditutup sekitar jam 6 petang (waktu Malaysia), di mana setakat ini kira-kira 10 juta undian telah dikutip daripada poll tersebut.

Sejak beliau mengambil alih syarikat itu pada Oktober, Musk telah berdepan pelbagai kritikan atas perubahan dasar yang dilakukannya.

Malah, tinjauan tersebut juga dibuat beberapa jam selepas kemas kini terbaru Twitter yang melarang pengguna mempromosikan pautan daripada platform media sosial lain.

Langkah itu dilihat akan menjejaskan akaun yang mempunyai pautan atau mengandungi nama pengguna daripada platform Facebook, Instagram, Matodon, Truth Social, Tribel, Nostr dan Post.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat