Selamat Tinggal, USD Menggelongsor Lebih Rendah!

340

US dolar susut lebih jauh ke paras terendah dua bulan pada hari Selasa menyusuli penyusutan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan enam mata wang utama didagangkan lemah pada 101.85 ketika sesi Asia.

Hasil bon AS 10 tahun tampaknya berundur dari paras tertingginya terdahulu, menyaksikannya berada pada sekitar tahap 4.00%.

Greenback dilihat masih terkesan oleh data pekerjaan NFP AS yang mengecewakan bulan lalu, ditambah pula dengan kenyataan bercampur-campur daripada penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Beberapa pegawai Fed telah berucap semalam, didahului oleh Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester yang berpandangan bahawa Fed perlu mengetatkan lagi untuk turunkan inflasi.

Sementara Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic dilihat lebih dovish, mengatakan bahawa data asas yang positif mengenai inflasi menunjukkan ia boleh kembali ke sasaran 2% tanpa kenaikan kadar selanjutnya.

Presiden Fed San Francisco Mary Daly pula menyokong keperluan untuk kenaikan kadar tambahan, manakala Naib Pengerusi Fed Michael Barr pula mengatakan inflasi masih terlalu tinggi.

Beralih kepada pergerakan mata wang, pound melonjak lebih jauh ke paras tertinggi terbaru sejak April 2022, dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada data pekerjaan UK pada sesi Eropah.

Turut meraih pengukuhan adalah mata wang euro yang didagangkan paling tinggi dua bulan berbanding US dolar yang lebih lemah.

Di sisi lain, dolar Aussie kembali meningkat, memadamkan kerugian yang dicatatkan susulan data inflasi China yang suram, manakala dolar New Zealand juga didagangkan paling kukuh tiga minggu berbanding greenback.

Yen juga menguat dengan diperdagangkan di paras tertinggi tiga minggu berbanding US dolar, dengan mendapat sokongan daripada hasil bon AS yang lebih rendah.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat