Selepas 2 Hari Dibuka Rendah, Bursa Buka Tinggi Pula Harini

166

Pada jam 9.26 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.46 mata pada 1,566.75 daripada penutupan Selasa pada 1,564.29.

Indeks dibuka 0.1 mata pada 1,564.39.

Ia dibuka dalam aliran menaik ekoran sokongan berterusan momentum belian pada saham wajaran tinggi terpilih.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 335 berbanding 159, manakala 292 kaunter pula tidak berubah, 1,481 tidak didagangkan dan 31 digantung.

Jumlah perolehan pada 485.17 juta unit bernilai RM195.18 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan walaupun pelabur sedang bersiap sedia bagi menghadapi kenaikan kadar dan ketidaktentuan akibat varian Covid-19 yang baru, ia menjangkakan mungkin terdapat beberapa pemulihan pada bursa tempatan selepas sentimen mungkin ditarik balik oleh Pelan Pemulihan Nasional (NRP) 2.0 yang akan datang.

Selain itu, firma tersebut turut menjangkakan kaunter minyak, gas dan perladangan akan disokong oleh harga komoditi yang kukuh sementara pelabur mungkin mendapat minat belian dalam sektor pengguna dan tema pemulihan ketika kerajaan merangka NRP 2.0.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd susut 1 sen pada RM8.49, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings maju 1 sen pada RM4.24 dan RM5.63, Petronas Chemicals Group Bhd naik 5 sen pada RM8.95 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.65.

Saham aktif memperlihatkan OCR Group Bhd susut 1 sen pada 17.5 sen, SMTrack Bhd dan AT Systematization Bhd kekal pada 30 sen dan 3 sen sementara Sapura Energy Bhd naik 0.5 sen pada 5.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 30.61 mata pada 11,318.18, FBM Emas Shariah tambah 4.39 mata pada 12,081.76, FBM 70 capai 75.96 mata pada 14,224.97, indeks FBMT 100 macu 26.81 mata pada 11,013.58 dan FBM ACE canak 14.88 mata pada 6,631.55.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.89 mata pada 204, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 2.04 mata pada 16,179.17 dan indeks Perladangan menurun 2.35 mata pada 6,766.27.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat