Selepas Alan Duncan, Phillip Hammond Pula Bakal Letak Jawatan!

547

Pergerakan pasaran pada permulaan dagangan semalam agak perlahan berikutan ketiadaan data-data ekonomi utama yang menjadi perhatian para pelabur. Namun, pasaran kembali aktif setelah memasuki sesi pasaran Eropah dan New York.

Dolar Amerika Syarikat didagangkan meningkat setelah Presiden Federal Reserve (Fed), Rosengren mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menyokong tindakan pemotongan kadar oleh bank pusat. Dalam temubual bersama CNBC, beliau menyatakan ekonomi Amerika Syarikat kekal kukuh dan beliau tidak mahu pertumbuhan ekonomi yang rancak pada masa sekarang terganggu.

Terdapat juga laporan terbaru bahawa syarikat teknologi gergasi China, Huawei sedang mengurangkan pekerja di cawangan penyelidikan Amerika Syarikat sementara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pula mempertimbangkan untuk kebenaran penjualan kepada syarikat Huawei yang sebelum ini telah disenarai hitamkan.

Dengan semakin berkurangnya halangan untuk kerajaan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan ketegangan perdagangan bersama China, telah kembali menarik minat pelabur ke atas posisi belian USD sementara menantikan keputusan penetapan polisi monetari Fed pada minggu hadapan.

Perkembangan di Britain, Menteri Luar Negeri Alan Duncan telah meletakkan jawatan menjelang pengumuman Perdana Menteri Britain yang baru pada hari ini. Berita tersebut mendorong penurunan pada dagangan Pound pada sesi pasaran Eropah semalam sehingga bersambung pada dagangan hari ini.

Akhbar Telegraph turut melaporkan bahawa Philip Hammond akan meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam tempoh tiga jam sebelum Boris Johnson dijangka diumumkan sebagai Perdana Menteri Britain yang baru ekoran gambaran bahawa pelbagai kekacauan yang bakal timbul di bawah teraju Johnson.

Tindakan peletakan jawatan beliau dijangka akan diikuti oleh beberapa jawatan Menteri yang lain termasuk David Gauke dan Rory Stewart yang menyatakan mereka tidak akan berkhidmat dalam barisan kabinet Boris Johnson, dan berkemungkinan akan menyertai Hammond untuk rancangan menentang Perdana Menteri yang baru tersebut.

Pasaran teruja menantikan keputusan pengumuman Perdana Menteri Britain yang baru pada hari ini dan dijangka dengan ketidaktentuan politik yang melanda Britain di samping kebimbangan terhadap risiko Brexit akan terus memberi tekanan buat dagangan Pound Sterling.

Tumpuan pasaran untuk data ekonomi pada hari ini adalah di sesi dagangan New York malam nanti dengan data jualan rumah sedia ada di Amerika Syarikat akan dinilai oleh para pelabur bagi menjangkakan kadar kesihatan ekonomi semasa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat