Selepas Buat Kemunculan Di NYSE, Didi Berdepan Tindakan China!

567

Aplikasi e-hailing Didi Chuxing diarahkan untuk dibuang daripada gedung aplikasi China, hanya beberapa hari selepas syarikat tersebut melakukan penampilan pertamanya di New York Stock Exchange (NYSE).

Menurut pihak berkuasa siber China, Didi telah melanggar pelbagai undang-undang berkaitan pengumpulan data peribadi pengguna dan mengarahkan aplikasi itu dibuang.

Ujar Didi, aplikasi tersebut akan terus beroperasi namun berhenti menerima pendaftaran pengguna baharu.

China baru-baru ini melaksanakan tindakan yang ketat terhadap firma teknologi gergasi negara berkenaan.

Didi Chuxing yang merupakan sebuah platform seperti Uber dan Lyft, mencatatkan lebih 20 juta perjalanan setiap hari di China.

Ditubuhkan pada 2012, aplikasi terbabit sangat popular di bandar-bandar utama China dan telah berkembang di luar China serta menembusi 15 pasaran asing.

Minggu lalu, firma itu meraih AS$4.4 bilion menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di NYSE.

Hanya sehari selepas saham Didi diniagakan di NYSE, Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) mengumumkan akan menjalankan siasatan terhadap firma berkenaan untuk melindungi ‘keselamatan nasional dan kepentingan awam’.

Pengumuman tersebut menyebabkan saham Didi menyusut sebanyak 5.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat