Selepas Cecah Paras Terendah 6 Minggu, EUR/USD Patah Balik Naik

150

Pengukuhan US dolar di awal minggu nampaknya tidak berjaya diteruskan pada dagangan Selasa semalam.

Pasaran menilai data tawaran pekerjaan yang dibuka di Amerika Syarikat (AS) pada Februari tidak menunjukkan perubahan angka yang ketara, malah bacaan bulan sebelumnya turut dikemas kini lebih rendah.

Ini dilihat telah mengurangkan semula momentum positif susulan bacaan data tinjauan ISM yang diterbitkan pada Isnin lalu yang mencetuskan pengukuhan US dolar.

Justeru, US dolar kembali melemah semula dan mengurangkan keuntungan yang telah diraih awal minggu.

Penyusutan semula US dolar memberi ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran kembali papar peningkatan semula termasuk Euro.

Diperhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mula berpatah arah membuat kenaikan semula semalam.

Sebelum itu, pada Isnin lalu harga telah menjunam laju ke paras sekitar 1.07300 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Kini kenaikan harga yang berlaku telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD yang memberi isyarat awal kemungkinan perubahan trend akan berlaku.

Jika kenaikan harga masih berjaya diteruskan, rintangan terhampir adalah pada zon 1.08000 untuk diuji harga semula.

Sekiranya berjaya ditembusi, harga berkemungkinan akan paparkan corak kenaikan lebih jelas untuk menuju sasaran pada 1.09000.

Namun, jika harga kembali susut semula di bawah garisan MA50, trend penurunan harga sebelum ini bakal bersambung semula.

Melepasi paras dicecah awal minggu akan menjangkakan paras support 1.07000 pula bakal diuji dengan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan berikutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat