Selepas Data CPI Australia Diterbitkan, Ini Kesan Pada Carta AUD/USD!

104

Walaupun papar pergerakan suram pada Selasa semalam, namun dolar Australia berjaya cemerlang meningkat semula pada dagangan sesi Asia pagi Rabu ini.

Ini adalah didorong oleh terbitan data ekonomi Australia yang memberangsangkan bagi bacaan untuk penghujung 2022 lalu.

Kadar inflasi di Australia melonjak kembali menyaksikan bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) meningkat kepada 7.3% mengatasi ramalan 7.2%, melepasi bacaan terdahulu pada 6.9%.

Selain itu, kadar jualan runcit Australia untuk bulan November catat lonjakan ke paras 1.4%, jauh meninggalkan bacaan sebelum ini pada 0.4%.

Situasi ini bakal mencetuskan jangkaan untuk kecenderungan bank pusat Australia menuju semula ke arah pengetatan polisi (tightening) berdasarkan bacaan data-data tersebut sekaligus mendorong pengukuhan dolar Aussie.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah pamerkan corak penurunan pada Selasa semalam ketika ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell gagal mengundang reaksi ketara pasaran di sesi New York semalam.

Harga di awal minggu yang telah mencapai ketinggian sekitar 0.69500 kemudiannya membuat penurunan semalam ke paras 0.68600 sebelum melantun semula menuju zon 0.69000.

Di sesi Asia pagi ini, harga berjaya meningkat semula melepasi zon 0.69000 dan turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD mencadangkan corak kenaikan diteruskan.

Pasaran ingin melihat sama ada kenaikan boleh melepasi ketinggian 0.69600 sebelum ini atau tidak untuk petunjuk trend bullish lebih jelas.

Jika berjaya, harga seterusnya bakal dipacu lebih tinggi ke sasaran 0.70000 untuk rekod tertinggi terbaru 5 bulan.

Namun, situasi boleh berubah ketika tumpuan pasaran kini juga sedang terarah pada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Jika penurunan harga pula yang berlaku, susut di bawah zon 0.69000 semula dan juga berada di bawah paras MA50 akan menjangkakan isyarat awal pergerakan trend bearish.

Penurunan harga bakal menuju sekitar 0.68300 sebelum dilanjutkan lebih rendah sehingga harga dijangka mencecah semula support 0.67000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat