Selepas Data NFP Diterbitkan, Indeks Dolar Melonjak Ke Paras Tertinggi 2 Dekad!

274

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan utama pasaran pada sesi New York Jumaat lepas sebagai penutup tirai dagangan minggu lalu.

Bacaan keseluruhan agak suram menyaksikan angka pertambahan pekerjaan di AS untuk bulan Ogos adalah lebih baik berbanding jangkaan iaitu 315,000 berbanding 295,000, sementara purata pendapatan per jam sedikit menurun manakala kadar pengangguran pula telah meningkat kepada 3.7%.

US dolar tidak menunjukkan reaksi pergerakan yang begitu ketara ketika data diterbitkan, sedikit melemah pada awalnya sebelum menunjukkan peningkatan menuju penghujung sesi terakhir minggu tersebut.

Raja mata wang itu kekal berlegar di paras tertinggi 20 tahun walaupun pada momentum yang dilihat sedikit mengendur berbanding sebelum ini.

Indeks dolar juga telah menunjukkan lonjakan ke paras tertinggi 2 dekad mencapai paras 110.00 dalam suasana pasaran yang masih berisiko bersambung pada awal minggu ini.

Pelabur masih kekal menjangkakan pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) bakal diteruskan pada mesyuarat September ini setelah isyarat jelas disampaikan oleh Pengerusi Jerome Powell.

Menyebut tentang pengetatan dasar, 3 bank pusat utama pada minggu ini dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 dan 75 mata asas iaitu Reserve Bank of Australia (RBA), Bank of Canada (BOC) dan European Central Bank (ECB).

Justeru, ketiga-tiga mata wang Euro, dolar Australia dan Kanada dijangka akan mempamerkan pergerakan menarik pada minggu ini.

Sementara, Pound pula bakal bergelora pada minggu ini berdepan pengumuman Perdana Menteri UK yang baru menggantikan Boris Johnson yang telah mengundurkan diri dari jawatan tersebut.

Mata wang Yen pula turut mencuri tumpuan pasaran setelah mengalami kejatuhan lebih parah, terendah berbanding US dolar sejak 1998 sehingga mendesak Jepun untuk melakukan sesuatu yang ‘diperlukan’.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat