Selepas FOMC, AUD/USD Sudah Mendaki 120 Pips Dan Masih Berterusan

217

Corak pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD telah berubah menyaksikan lonjakan drastik berlaku kesan impak reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC.

Termasuk dolar Aussie, kebanyakan mata wang utama lain juga sedang memanfaatkan peluang ketika ini untuk mengukuh susulan penyusutan yang ketara berlaku ke atas US dolar.

Penyusutan US dolar didorong oleh nada dovish yang disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell selepas pengumuman kadar faedah yang dikekalkan.

Pelabur kekal melihat unjuran 3 kali pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Fed untuk tahun 2024 ini.

Tanpa memberi kepastian terhadap keputusan mesyuarat di masa hadapan, Powell memberitahu situasi akan bergantung kepada data-data yang hadir dengan tumpuan pada inflasi dan pekerjaan.

Turut memberi sokongan kepada dolar Aussie di sesi Asia pagi ini adalah laporan pekerjaan Australia yang diterbitkan dengan bacaan angka yang memberangsangkan.

Pertambahan kukuh pekerjaan sebanyak 116,500 untuk Februari serta kadar pengangguran yang susut ke paras 3.7% menunjukkan perkembangan pasaran buruh yang positif.

Menilai pergerakan harga pada carta AUD/USD, corak telah berubah bearish mengakhiri trend penurunan harga yang dipaparkan sebelum ini.

Pada Rabu semalam, paras 0.65400 dilihat sebagai rintangan dengan harga berlegar di bawahnya selepas gagal melakukan kenaikan di sesi Asia.

Namun, situasi berubah pada sesi New York menyaksikan lonjakan melepasi paras 0.65400 itu sehingga mencapai ketinggian 0.65850 di penghujung sesi.

Momentum yang dikekalkan telah melihatkan harga meneruskan lagi lonjakan pada sesi Asia dan Eropah hari ini.

Setakat jam 3 petang, harga sudah mencapai paras 0.66300 dengan momentum dilihat masih berterusan.

Harga dijangka menyambung corak bullish tersebut sehingga ke sesi berikutnya dengan sasaran untuk mengatasi ketinggian pada minggu-minggu sebelum ini sekitar 0.66600.

Seterusnya, zon tumpuan pada 0.67000 dijangka untuk dicapai bagi harga catatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu.

Namun jika harga menjunam jatuh semula di bawah paras 0.66000, akan menjadi isyarat untuk pelabur berhati-hati.

Harga boleh susut semula menuju zon 0.65400 sebelum ini dan seterusnya ke zon support pada 0.65000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat