Selepas Kenaikan Kadar, Apa Pula Tumpuan Pasaran Ketika Ini?

52

Bank Pusat AS telah mengumumkan kenaikan kadar asasnya dari 0.75% sebelum ini kepada 1.00% dan juga memberi isyarat tiga kali kenaikan tahun ini.

Pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen mengatakan tindakan tersebut adalah kerana ekonomi berada dalam keadaan baik. Tambahnya lagi, “kami yakin dengan kekukuhan ekonomi dari sebarang kejutan.”

Selepas pengumuman kadar pagi Khamis itu, S&P 500 dan Dow Jones melonjak dengan Dow naik 112 mata, manakala S&P 500 naik sebanyak 19 mata pada sesi dagangan hari tersebut.

Dalam temubual Business Insider bersama J.J. Kinahan, Ketua Strategi Pasaran di TD Ameritrade, beliau berkata “Saya terkejut dengan reaksi pasaran, tapi sebenarnya semua orang telah mengetahui hal ini sejak dua minggu yang lalu.”

“Kita mendapat satu berita yang telah kita jangkakan, oleh itu reaksi positif kepada berita ini adalah mengejutkan,” tambahnya.

Kinahan menjangkakan pasaran kini akan mengalihkan perhatian kepada inisiatif polisi fiskal Trump, yang mana ramai orang berpendapat ia akan melonjakkan ekonomi.

“Dari segi polisi ini, pasaran sedang menunggu perancangan percukaian Trump,” katanya. “Kita telah dapat kenaikan kadar dan kini pasaran akan tertumpu kepada Trump.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat