Selepas Penurunan Mendadak, Saham Sarung Tangan Getah Kembali Ke Zon Positif

530

Setelah menyaksikan penurunan mendadak susulan daripada peraturan pembiayaan margin yang diperketatkan oleh broker semalam, kaunter saham sarung tangan getah kembali ke zon positif pada pagi ini kecuali Top Glove Corp Bhd mencatatkan harga saham susut 2.86% atau 42 sen pada RM14.31 pada pagi ini.

Secara tidak langsung, saham Top Glove berada di tangga kedua tercorot. Walau bagaimanapun, pada 31 Disember 2019, kaunter mencatatkan peningkatan melebihi 200% year-to-date (YTD) dari RM4.70.

Manakala bagi waran berstruktur TOPGLOV-C66: CW Top Glove Corp Bhd (CIMB) merupakan yang paling rugi dalam bursa tempatan dengan penyusutan sebanyak 28.21% atau 55 sen pada RM1.40. TOPGLOV-C72: CW Top Glove Corp Bhd (AM) juga dilihat susut 9.52% atau 12 sen pada RM1.14 menjadikan di tangga keenam tercorot.

Syarikat Top Glove tidak bersendirian menyaksikan penurunan waran berstruktur kerana waran milik Hartalega Holdings Bhd juga turut susut. HARTA-C35: CW Hartalega Holdings Bhd (RHB) turun 22.81% atau 13 sen pada 44 sen, kelima tercorot dalam bursa saham.

Saham Hartalega didagangkan 2.5% atau 28 sen tinggi pada RM11.50 bagi satu saham, menjadikan nilai saham tersebut berjumlah sekitar RM38.93 bilion. Kaunter meningkat lebih dari 100% YTD sejak harga saham ditutup pada RM5.48 pada 31 Disember 2019.

Bagi syarikat yang mempunyai pasaran kecil seperti HLT Global Bhd mencatatkan peningkatan 5.76% atau empat sen pada 73.5 sen. Careplus Group Bhd meningkat 10.08% atau 12 sen pada RM1.31 manakala Rubberex Corp (M) Bhd meningkat 7.17% atau 21 sen pada RM3.14.

Pengeluar sarung tangan getah yang lain yang turut dipengaruhi oleh peraturan pembiayaan margin termasuk Kossan Rubber Industries Bhd, mencatatkan peningkatan 0.71% atau enam sen pada RM8.46 dengan saiz pasaran menjadi RM10.82 bilion.

Supermax Corp Bhd meningkat 4.2% atau 30 sen pada RM7.44, meletakkan saiz pasaran pada harga RM10.12 bilion. Comfort Gloves Bhd juga meningkat 5.39% atau 16 sen kepada RM3.13 bagi satu saham, memberi nilai sekitar RM1.83 bilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat