Selepas Temui Jongkong Emas, SPRM Didesak Nyahbeku Akaun Aman Palestin

1,100

Baru-baru ini, tular berkenaan sebuah agensi Aman Palestin Berhad memberi tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbekukan akaun mereka yang telah dibekukan sejak minggu lepas.

Peguam mereka, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata sekiranya agensi penguatkuasa itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

Semalam, Aman Palestin telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dengan memberi notis bawah Seksyen 44A Akta Pencegahan pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 untuk perintah pembekuan ini dibatalkan atau diubah.

Muhammad Rafique berkata, Aman Palestin juga menggesa Ahli Parlimen sama ada kerajaan mahupun pembangkang supaya membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat.

Beliau berkata lagi, isu derma dan bantuan kepada Palestin adalah isu sejagat. Kerajaan mesti menjelaskan mengapa agensi penguatkuasa bawah kerajaan mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan.

Selain itu, media juga turut melaporkan SPRM merampas empat jongkong emas dalam siri serbuan di pejabat Aman Palestin pada 24 November lalu. Jongkong emas yang bergred 999.9 itu masing-masing seberat satu kilogram dan barang lain yang dirampas adalah tiga komputer riba serta empat unit telefon bimbit.

Aman Palestin dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya kini disiasat oleh SPRM. Kali pertama SPRM hadir ke premis berdaftar itu ialah pada 17 Oktober dan tiada serbuan atau tangkapan dibuat ketika itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat