Selera Pelabur Terhadap Logam Kuning Semakin Bertambah Gara-Gara Faktor Ini!

59

Harga emas melonjak lebih tinggi pada Selasa dalam sesi Asia selepas Bank of Japan dijadualkan akan mengeluarkan pandangan mengenai dasar monetari terbaru minggu ini. Dalam masa yang sama, tumpuan pelabur juga diberikan kepada mesyuarat dasar Fed yang akan membentangkan tentang prospek pertumbuhan ekonomi.

Harga emas melonjak lebih tinggi dalam sesi Asia sebanyak 0.31 peratus kepada $1,199.65 satu troy ounce. juga di Comex, silver futures dijadual meningkat sebanyak 0.21 peratus manakala copper futures jatuh 0.11 peratus. Selain itu, pasaran pengimport utama iaitu China juga ditutup sehingga Khamis sempena cuti Tahun Baru Cina.

Semalam, harga emas melonjak di Amerika Syarikat selepas US Dollar terjun berikutan kebimbangan gara-gara larangan perjalanan ke Amerika Syarikat bagi tujuh buah negara Islam. Kelemahan ini terus meningkatkan selera pelabur terhadap logam berharga dengan jangkaan bahawa Fed akan mengambil langkah berhati-hati di dalam mesyuarat dasar nanti.

Selera terhadap emas semakin meningkat semenjak Trump menggantung perjalanan masuk dari Syria, Iraq, Iran dan empat buah negara Islam lain pada Jumaat kerana langkah tersebut membantu melindungi rakyat Amerika Syarikat dari serangan pengganas. Perintah eksekutif Trump tersebut telah membawa protes besar-besaran di bandar AS dan mencetuskan tindak balas global, serta meningkatkan kebimbangan tentang kesan yang berpotensi menggugat kestabilan dasar Trump.

Selain mesyuarat FOMC, pasaran juga sibuk dengan beberapa data penting lain yang bakal diumumkan sepanjang minggu ini.

Dalam sesi dagangan sebelum ini, US Dollar jatuh lebih 1 peratus berbanding Yen pada Isnin berikutan larangan yang diberikan oleh Donald Trump dikhuatiri akan menambah kebimbangan terhadap dasar Trump yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi.

Data perbelanjaan pengguna AS dilaporkan meningkat sebanyak 0.2 peratus pada bulan November dan pendapatan peribadi meningkat sebanyak 0.3 peratus.

Dasar Imigresen Trump Terus Menghantui Sesi Dagangan Matawang Greenback

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat