Selesai Membaca Artikel ini, Pelabur Emas Mula Mencongak Berapa Gram Emas Yang Boleh Dibeli!

59

Emas diniagakan rendah dalam sesi Asia berikutan pasaran yang masih menanti sebarang keputusan dari simposium bank pusat hari ini.

Emas bagi penghantaran Disember di Comex mencatat peningkatan kecil sebanyak 0.02% satu troy ounce. Sementara  itu, silver futures dan copper futures juga meningkat sedikit kepada $18.517 satu troy ounce dan $2.078 sepound.

Semalaman, harga emas merosot kepada angka empat minggu terendah. Lebih menambah kerugian apabila laporan ekonomi Amerika Syarikat yang dikeluarkan mengukuhkan kekuatan US Dollar.

Dalam satu laporan malam semalam, bilangan individu yang memfailkan tuntutan pengangguran awal jatuh sebanyak 1000 orang pada minggu lalu ke paras paling rendah dalam tempoh 5 minggu.

Selain itu, laporan durable goods AS juga menunjukkan data positif apabila meningkat melebihi angka yang dicatat pada Julai lalu.

Data yang kukuh ini menguatkan lagi jangkaan kenaikan kadar AS pada penghujung tahun ini.

Trader Aussie dan Yen suddah baca artikel pagi tadi? Jika belum, klik link ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat