Ada Yang Termenung Depan Chart Selepas Melihat Keadaan 2 Matawang Utama Sesi Asia Ini?

50

Yen sedikit lemah pada Jumaat selepas data harga pengguna dikeluarkan di Tokyo. Pun begitu, tumpuan pasaran terus diberikan kepada mesyuarat bank pusat di Wyoming beserta ucapan dari Presiden Fed.

USD/JPY meningkat 0.03%, manakala AUD/USD melonjak 0.08%.

USD/JPY, 15 minit
USD/JPY, 15 minit

 

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

Di Jepun, teras CPI Jepun jatuh 0.5% tahun ke tahun. Sementara itu, CPI Jepun susut 0.4%.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback pula kali terakhir dinilai pada 94.68.

Simposium ekonomi tahunan menjadi tumpuan dunia dan bakal dimulakan dengan ucapan pembukaan Pengerusi Fed pada Jumaat. Dalam simposium terbabit, bank-bank pusat akan membincangkan dan mempertimbangkan masa depan dasar monetari untuk menghadapi krisis kewangan dan era kadar faedah yang rendah.

Selain Yellen, 3 pegawai-pegawai bank pusat turut akan berucap dalam mesyuarat tersebut.

Semalam, US Dollar tidak banyak berubah berbanding matawang lain.

Dalam pada itu, US Dollar masih kekal berada di bawah tekanan kerana peserta pasaran sedang menanti ucapan Janet Yellen untuk mendapat suatu petunjuk baru mengenai masa depan ekonomi.

 

Semalam, US Dollar masih kuat berbanding matawang lain. Klik disini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat