Pada hari Isnin yang lalu, Ketua Perdagangan White House, Peter Navarro telah menyusun objektif terhadap agenda perdagangannya dalam satu ucapan sebelum pertemuan Ekonomi Perniagaan Kebangsaan.
Dalam kenyataan terbabit, beliau menyifatkan bahawa perintah perdagangan liberal yang telah berlangsung kira-kira 70 tahun ini tidak berlaku adil kepada Amerika Syarikat.
Ketidakadilan yang dimaksudkan beliau termasuklah “kecurian” pekerjaan dari AS terutamanya dalam bidang pembinaan dan pembuatan oleh negara-negara seperti China.
Dalam ucapan itu juga, Navarro bukan sahaja mengkritik China, malahan 15 negara lain yang dikatakan menyumbang kepada defisit perdagangan AS kerana mengeksport lebih barangan ke AS berbanding yang telah dieksport kepada negara-negara mereka.
Menurut beliau, isu-isu ini yang telah merobek pertumbuhan KDNK AS buat berdekad lamanya.
Ucapan Navarro ini juga memberi kejutan dalam kalangan komuniti ekonomi apabila dia mahu agar Amerika Syarikat segera menuntut keadilan terhadap negera-negara seperti Jerman dan mengubah tawaran perdagangan yang lama.
Dalam masa yang sama, beliau turut berjanji untuk menarik semula pekerja AS kembali ke Amerika Syarikat bagi menutup defisit perdagangan mereka dengan negara-negara yang lain.
Pendek kata, Navarro merupakan lelaki yang sepatutnya digeruni oleh ekonomi global buat masa ini kerana beliau telah berikrar untuk melakukan apa sahaja dalam sektor perdagangan demi memberi manfaat buat Amerika Syarikat.
Data Ekonomi yang Positif dari China Membantu Pengukuhan Emas!