Data Ekonomi yang Positif dari China Membantu Pengukuhan Emas!

45

Emas didagang lebih tinggi dalam sesi Asia pada Rabu apabila pelabur memberikan tumpuan kepada data ekonomi China.

Emas di Comex meningkat sebanyak 0.10 peratus kepada $1,217.35 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, silver futures menyusut sebanyak 0.16 peratus kepada $17.508 satu troy ounce manakala copper meningkat sebanyak 0.27 peratus kepada $2.623 sepound.

Terdahulu, China melaporkan bahawa eksport meningkat sebanyak 4.2 peratus pada bulan Februari sementara import meningkat sebanyak 44.7 peratus.

Semalam, komoditi ini merosot kepada paras empat minggu terendah pada Selasa gara-gara pengukuhan US Dollar berikutan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed.

Menurut Fed Rate Monitor Tools, hampir 90 peratus pelabur menjangkakan kenaikan kadar bakal berlaku pada bulan Mac berbanding dengan jangkaan sebanyak 81.9 peratus pada Isnin.

Emas merupakan logam yang sensitif kepada pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat kerana ia berpotensi mengubah kos untuk memiliki komoditi berharga.

Selain itu, pelabur juga menantikan keputusan NFP yang akan dikeluarkan lewat minggu ini sebagai data ekonomi yang paling kritikal dalam penentuan kadar minggu depan.

AS Masih Berdegil Untuk Lancar Perang Perdagangan? China Ada Amaran Untuk Mereka!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat