AS Masih Berdegil Untuk Lancar Perang Perdagangan? China Ada Amaran Untuk Mereka!

74

Pengerusi pembuat minuman terbesar China, Hangzhou Wahaha Group berkata bahawa Amerika Syarikat akan lebih terkesan sekiranya mereka mengisytiharkan perang perdagangan dengan China.

Presiden AS, Donald Trump telah berkempen sebelum ini untuk menekan perdagangan China dengan lebih agresif, termasuk mengenakan tarif baru ke atas barangan China yang dilabel sebagai pemanipulasi matawang.

Media tempatan China telah memberikan amaran untuk bertindak balas sekiranya Trump meletakkan China sebagai musuh perdagangan mereka. Namun begitu, Beijing sedia untuk bekerjasama dengan Washington untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang melibatkan isu perdagangan.

Pengerusi Wahaha Group, Zong Qinghou berpandangan bahawa Amerika Syarikat bakal lebih teruk terjejas sekiranya mereka mengisytiharkan perang perdagangan dengan China.

Zong yang juga merupakan salah seorang individu yang terkaya di China juga meramalkan bahawa defisit perdagangan AS dengan China akan berterusan selagi eksport China mendapat sekatan.

Sehingga tahun lepas, defisit perdagangan AS-China berjumlah $347 Billion.

China telah lama meminta Washington untuk melonggarkan sekatan eksport terhadap barangan teknologi dengan alasan bahawa tindakan itu boleh mengurangkan defisit perdagangan. Namun begitu, langkah itu kekal dikenakan terhadap beberapa barangan termasuklah processors dan perisian komputer berikutan langkah keselamatan negara.

Ini Yang Theresa May Mahukan Dalam Proses Penceraian Rasmi Brexit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat