Semakin Agresif, Robert Kiyosaki Desak Orang Ramai Beli BTC!

807

“Mungkin tak ramai yang percaya sangat kata-kata Kiyosaki sebab tu harganya tak naik sangat.”

Robert Kiyosaki yang pasti dikenali ramai sekali lagi menjadi perhatian apabila beliau menggesa semua orang untuk membeli mata wang kripto Bitcoin (BTC) dalam menghadapi kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan perbincangan siling hutang negara.

Kenyataan tersebut telah datang semasa Kiyosaki memberi penerangan berhubung keadaan ekonomi AS dan kebimbangan mengenai hutang negara yang semakin meningkat termasuk menegaskan bahawa AS sudah muflis.

Rentetan itu, beliau mencadangkan kepada masyarakat untuk melabur dalam aset seperti emas, perak dan BTC sebagai penyelesaiannya.

Hal ini kerana ahli politik masih berdebat dalam menentukan sama ada ingin menaikkan hutang AS sebanyak $30 trilion atau tidak ditambah pula liabiliti tidak dibiayai seperti Social Security melebihi $250 trilion.

Umum mengetahui bahawa Kiyosaki telah menjadi penyokong tegar BTC sejak beberapa tahun lalu dan beliau pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai mata wang fiat semasa kerajaan AS cetak bertrilion dolar untuk merangsang ekonomi apabila tercetusnya permulaan wabak pada 2020.

Susulan lebih $6 trilion telah dicetak pada 2020, Kiyosaki berpandangan pencetakan secara berterusan bakal melonjakkan harga BTC mencecah $500,000 menjelang 2025.

Walaupun beliau memberi isyarat untuk membeli BTC, harga BTC malangnya tidak menunjukkan sebarang kenaikan ketara sebaliknya masih melihat pergerakan mendatar.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.03% pada paras $26,437 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $512 bilion tetapi tetap mencatatkan penurunan 1.51% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat