Semakin Dapat Perhatian, Bitcoin Bakal Hampiri Paras $50,000?

1,134

Bitcoin telah menyaksikan beberapa kemajuan yang kukuh sejak kebelakangan ini, menembusi julat harga yang luas diperdagangkan sejak Mei dan kemudian berulang kali meningkat sehingga ke paras $45,000.

Matawang digital yang paling menonjol didunia itu telah catatkan paras tertinggi terbaru $45,310, menghasilkan 6% lonjakan mengakhiri sesi dagangan semalam.

Bitcoin kini menghasilkan 21% lonjakan pada sesi dagangan bulan Ogos.

Sentimen terbaru telah mempengaruhi harga Bitcoin setelah Brazil lancarkan ETF Bitcoin yang ‘Mesra Alam Sekitar’.

Beberapa penganalisa kripto meramalkan Bitcoin bakal mencecah $50,000 dalam tempoh terdekat.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.

Pergerakan harga BTC terus menyaksikan lonjakan yang drastik sejak kebelakangan ini dengan mencatatkan paras tertinggi terbaru semalam.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga BTC dilihat sedang berlegar-legar dibawah zon resistance sekitar $44,000-$45,000 untuk memperolehi kembali momentum kenaikan.

Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga berjaya memperolehi kembali mementum kenaikan, zon resistance sekitar $44,000-$45,000 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum ditembusi dan harga bakal meneruskan kenaikan yang lebih tinggi untuk catatkan paras tertinggi terbaru.

Namun jika pergerakan harga kekal dengan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $41,000 sebelum membuat penurunan ke paras ,lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Ketika penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $43,420 susut lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat