Semakin Hangat, Lebih 6,000 Pemegang XRP Mahu Tampil Sebagai Defendan!

1,834

Persengketaan antara firma kripto, Ripple Labs dan Securities and Exchanges Commission (SEC) semakin hangat apabila dilaporkan seramai 6,000 pemegang XRP mahu tampil sebagai defendan.

Campur tangan itu diusulkan oleh John Deaton dari Deaton Law Firm pada Ahad lalu, mewakili lebih 6,000 pemegang XRP.

Deaton yang juga XRP hodler, menegaskan bahawa pelabur XRP merupakan golongan sebenar yang terjejas ekoran daripada pertikaian undang-undang yang berlaku antara dua pihak tersebut.

Disebabkan itu, Deaton percaya mereka berhak untuk menyuarakan hak mereka dan suara mereka wajar didengar serta dipertimbangkan.

Secara jelasnya, Deaton menfokuskan kepada dakwaan Ripple bahawa tiada pelanggaran undang-undang seperti yang didakwa SEC.

Misalnya, jika XRP bukan sekuriti seperti yang dinyatakan oleh CEO Bradley Garlinghouse dan Christian Larsen, ini bermakna segala usaha kedua-dua figura itu tiada kaitan dengan prestasi XRP.

Dalam kenyataan pemfailan yang dipohon kepada hakim Analisa Torres ada disebut, “Pemegang XRP tidak boleh bergantung kepada usaha Ripple sebagai perlindungan kepentingan mereka. Maka, campur tangan daripada pemegang XRP adalah diperlukan.”

Pada Ahad lalu di laman web crypto-law, Deaton ada menulis kenyataan panjang, menekankan bahawa sebanyak $15 bilion kerugian dialami oleh pelabur XRP selepas SEC mengeluarkan saman kepada Ripple.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat