CEO Ripple Mohon Gugur Saman SEC

3,412

CEO Ripple, Brad Garlinghouse telah membuat permohonan untuk menggugurkan saman yang difailkan Securities and Exchanges Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) pada Disember lalu.

Pendedahan itu dimuatnaik menerusi Twitter oleh Garlinghouse pada hari ini dan permohonan tersebut dituju kepada Hakim Persekutuan, Analisa Torres.

Dalam surat tersebut, Ripple mendakwa SEC telah menfailkan tindakan litigasi terhadap Garlinghouse yang mana dianggap melanggar peraturan dan tuduhan di dalam petisyen itu jelas tidak sah.

Susulan daripada tuduhan tersebut, peguam Garlinghouse mendakwa SEC tidak memiliki pengetahuan mengenai kesalahan tersebut dan gagal mendakwa dengan tepat.

“SEC sengaja menunjukkan Garlinghouse tahu atau mengabaikan kenyataan bahawa dia terlibat dengan tindakan yang tidak wajar dan dibantu Ripple dalam kesalahan tersebut.”

Permohonan tersebut turut menggariskan keputusan muktamad berkaitan penerimaan XRP oleh Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN) sebagai matawang maya pada 2015, yang mana berbeza dengan pendirian SEC yang meletakkan XRP sebagai sekuriti tidak berdaftar.

Tuduhan SEC terhadap transaksi yang dilakukan Garlinghouse di AS juga tidak tepat kerana berdasarkan bukti yang dinyatakan dalam permohonan tersebut mendapati Garlinghouse membuat transaksi di bursa asing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat