Semakin Membimbangkan, Isu Krisis Tenaga Eropah Terus Membelenggu Pasaran

395

US dolar kembali didagangkan stabil setelah melalui sesi dagangan yang menyuramkan pada awal minggu, menyaksikannya merosot ke paras terendah satu minggu berbanding mata wang utama.

Bagaimanapun, raja mata wang itu kembali melantun untuk dibuka positif pada sesi Asia hari ini ketika pelabur terus menilai risiko daripada kemelesetan global dan kemungkinan Rusia akan memotong bekalan gas Eropah sepenuhnya.

Krisis tenaga di Eropah membantutkan dagangan euro daripada mencatat pemulihan lebih tinggi menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB).

Syarikat tenaga gergasi Rusia, Gazprom telah mengisytiharkan force majeure ke atas bekalan dan berkata ia tidak dapat memenuhi kewajipan pembekalannya disebabkan oleh keadaan ‘luar biasa’ di luar kawalannya.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk mengurangkan penggunaan gas menjelang musim sejuk.

Sementara itu beralih kepada mata wang pound yang kembali mengurangkan kenaikan di tengah-tengah risiko politik dan kebimbangan berterusan terhadap kemelesetan di Britain.

Dari sisi dasar monetari, pegawai Bank of England (BOE) Michael Saunders tidak menolak kemungkinan bahawa kadar faedah boleh mencecah 2% atau lebih pada tahun hadapan dalam usaha untuk memerangi inflasi.

Di sisi lain, dolar kiwi pula hampir memadamkan semua keuntungan yang diraih daripada bacaan data inflasi New Zealand yang melonjak ke paras tertinggi 32 tahun pada suku kedua tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat