Semalam Isu Minyak, Harini Elon Musk Suruh Hidupkan Janakuasa Nuklear Pula!

4,848

‘Bang Elon ni pening ke? Apa kena-mengena kereta Tesla dengan kuasa nuklear pulak ni?’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk sekali lagi membuat kejutan dengan meminta negara-negara Eropah untuk meningkatkan pengeluaran tenaga nuklear bagi membendung kekurangan bekalan tenaga ekoran perang Rusia-Ukraine.

Elon Musk dalam Twitter peribadinya menyatakan bahawa keadaan sekarang ‘sangat jelas’ untuk negara Eropah memulakan semula loji tenaga nuklear dan meningkatkan pengeluaran.

Ciapan beliau turut menyatakan bahawa situasi terkini adalah ‘kritikal’ bagi keselamatan negara dan antarabangsa.

Tindakan Musk tersebut berkait rapat dengan keadaan semasa di benua Eropah, di mana sekatan ke atas Rusia yang selama ini membekalkan 1/3 daripada permintaan gas Eropah boleh memberi kesan kepada dunia.

Hal ini kerana, negara Eropah bergantung pada eksport gas asli Rusia sebagai bahan api utama sementara ia sedang dalam peralihan ke arah tenaga boleh diperbaharui.

Namun, peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui masih lagi perlahan di Eropah.

Ekoran daripada itu, Musk telah mencadangkan penggunaan tenaga nuklear yang ‘jauh lebih baik’ untuk pemanasan global daripada membakar bahan api fosil.

Beliau juga menyatakan keadaan semasa adalah yang terbaik untuk negara Eropah seperti Jerman menghidupkan semula 3 loji nuklearnya bagi membendung masalah bekalan tenaga dan mengurangkan eksport tenaga dari Rusia.

Umum mengetahui, sekatan ke atas Rusia telah memberi kesan besar terutamanya minyak dan Musk turut menyuarakan solusinya mengenai perkara itu pada hari lalu.

Musk dilihat bukan sahaja memberi sokongan kepada Ukraine dengan menghantar bantuan malahan turut memberi pandangan serta ideanya bagi menyelesaikan masalah yang berlaku akibat daripada sekatan yang dikenakan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat