Kereta Tesla Tak Pakai Minyak, Kenapa Elon Musk Risau Pula Harga Minyak Naik?

2,287

‘Pelik-pelik je bang Elon ni. Bukan ke Tesla pakai eletrik, kenapa nak risau pasal minyak pulak ni?’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk dilihat telah membuat kenyataan diluar jangkaan apabila beliau menggesa pengeluar minyak global untuk mengepam lebih banyak bahan api fosil.

Musk dalam satu ciapan di Twitter telah menggesa Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia untuk meningkatkan pengeluaran minyak serta gas ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sehingga menyebabkan harga komoditi minyak melambung tinggi.

Dalam ciapannya, beliau mengatakan bahawa situasi kini memerlukan langkah penyelesaian segera, selain turut menyatakan keadaan semasa boleh menjejaskan Tesla kerana tenaga mampan tidak boleh bertindak balas serta-merta bagi mengimbangi eksport minyak dan gas Rusia.

Umum mengetahui bahawa harga minyak kini sedang melonjak tinggi ekoran kelewatan dalam rundingan bersama Iran dan sekatan terhadap Rusia telah membuatkan gangguan bekalan berterusan.

Rusia telah meningkatkan permintaan baru bagi jaminan bertulis kepada AS bahawa sekatan dan pencerobohannya ke atas Ukraine tidak akan menjejaskan kerjasama Rusia dan Iran.

Selain itu, sumber turut menyatakan bahawa China juga sedang menimbulkan tuntutan baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat