Seminggu Berdiam Diri, China Akhirnya Ucap Tahniah Biden!

490

China mengucapkan tahniah kepada Joe Biden setelah hampir seminggu beliau diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya presiden Amerika Syarikat ketika Donald Trump masih menafikan kemenangan Biden dengan mendakwa terdapat penipuan dalam pemilihan ini.

“Kami menghormati pilihan rakyat Amerika dan mengucapkan tahniah kepada Joe Biden dan Kamala Harris”, kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Wang Wenbin dalam satu taklimat di Beijing pada hari Jumaat.

Wang mengatakan bahawa China memahami hasil keputusan pilihan raya AS akan ditentukan sesuai dengan undang-undang dan prosedur negara.

China sebelum ini adalah salah satu daripada negara besar termasuk Rusia dan Mexico yang tidak mengucapkan tahniah kepada Presiden terpilih Joe Biden.

Sejak media Amerika Syarikat mengesahkan kemenangan Biden, Trump masih tidak mengakui kekalahannya dan mengambil tindakan undang-undang untuk mengira semula undi di negeri yang tidak berpihak kepada beliau.

Empat tahun tempoh Trump di White House telah dihiasi dengan perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu. Malah, sehingga ke saat akhir pentadbirannya, Trump masih sempat bertindak menyekat pelaburan AS dalam firma China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat